a diurnal invocation

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakan ku. Aku adalah hambamu.Aku akan setia pada perjanjianku dgn-Mu semampuku.Aku berlindung kepada Mu dari kejahatan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku oleh kerana itu ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Rabu, 11 Mei 2011

kepurung...

penah dengar tak menu ni?
sebenarnya menu ni berasal dari tanah seberang le kot...coz kat kpg aku tu ada le org kpg yg sama keja ngan member dari tanah seberang ni kat ladang kelapa sawit...bila dah bercampur bnyk budaya dan masakan yang kua...so kite ni pon tumpang belajarlah sekali resepi ni...mereka kata ni makanan org jawa or bugis ...aku pun tak pasti..
ni sebenarnya aktiviti di hujung minggu...biasalah bila dah berkumpul kazen mazen, jiran tetangga aktiviti tak lain tak bukan masak2 mkn2....hasue bila ko tengah lintas depan umah aku tu tgh ramai2 tu...aktiviti mkn2 le tu...
berbalik ke cita kepurong ni, ari tu kita pakat masak ramai2 dpn kedai jahit kazen aku tu...kebetulan le kedai jait die tu berdepan ngan umah keluarga aku.. so kedai die tu memang sesuai sangatlah tempat buat aktiviti mkn2 ni...
kite layan gambar dulu k..


ha..dah layang gambar..kita layan resepi pulak

bhn-bhnnya
1 tin besar sardin(ikut bnyk yg nak d buat)
1 biji tongkol pisang (di hiris halus
1 ikat kangkung (di potong seperti nak buat gulai)
1 bungkus hambulung(linut) di bancuh di buat hambuyat dan di sudu kecil2
air secukupnya
100g kacang tanah dibakar,di buang kulit dan di tumbuk halus.(nak pekat bleh tambah lagi)
garam secukup rasa

bhn2 untuk sambal
belacan secukupnya
air limau secukupnya
cili padi secukupnya
gula

caranya.
rebus tongkol pisang dan sardin di dalam belanga. bila tongkol pisang dah masak masukkan hambuyat(linut) kedalam belanga masukkan pula sayur kangkung dan kacang tanah...sedangkan dengan bahan perasa dan garam sesedap rasa.

cara membuat sambal
belacan dan cili padi ditumbuk halus.perahkan dengan air limau.masukkan sedikit gula secukup rasa dan selera.

semasa nak makan barulah di masukkan sambal ke dalam kepurung...
cobalah..sedap n mengenyangkan..

1 ulasan:

  1. ingatkan apa kepurong nih...x pnh mkn laa ti sambal gini..terliurnyaa ku meliat mkn ngan ambuyat..kami biasa mkn ambuyat ngan smbal mpalam jak..atau ikan msk kunyit.

    BalasPadam