a diurnal invocation

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakan ku. Aku adalah hambamu.Aku akan setia pada perjanjianku dgn-Mu semampuku.Aku berlindung kepada Mu dari kejahatan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku oleh kerana itu ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Isnin, 31 Januari 2011

Gerai Taman Selera

Selamat pagi Isnin, hari ni nak cita pasal makanan pulak lepas cita pasal pemandangan sawah padi.... nak di jadikan cerita,Minggu lepas balik dari menshopingkan diri singgah kejap kat gerai di Tmn Selera..sebenarnya saja je nak menikmati mkn mlm dgn makanan kegemaran ni....pegi situ bedua je ngan husband,coz mls nak bawa anak2 membeli belah...kalau bawa anak ni bnyk sgt ragamnya...kita nak pegi 2 jam bleh melarat ke 5 jam.....cuci mata jelah nengok gambar..

ketam masak lada hitam.
saje je nak ubah selera...selalu order ketam masak merah..kali ni nak rasa pulak ketam masak lada hitam....bila mkn kat Taman Selera ni menu Ketam dan Udang harus ada...


butter prawn
 Ha ni Udang masak mentega... sebenanrnya tayang gambar ni sebab nak tau lah sesapa yang tahu cara menyediakannya resepi ni...penah cuba buat sendiri tapi telur ngan butter jadi lembik...tak best sangat...yang ni cukup crispy...nak tanya resepi kat makcik kedai makan tu malu...so bila teringin nak makan terpaksalah pegi gerai tu semata nak melapaskan rindu ngan butter prawn ni. penah gak cuba resepi kat myr tapi tu pun tak menyurapai seperti kat atas tu...so..sesapa yg punya pengetahuan cara2 masak udang mentega ni kongsi2 le...:)
miding masak belacan
sayur miding..dgr kata sayur ni cuma terdapat d sarawak je..kat semenanjung takde..tapi rasanya bukan takde kot..kot le...sebab sayur ni sayur utan..mungkin org tak tau boleh mkn...tu sebab takde jual kot...sayur ni sebagai menyempurnakan hidangan je...org kata jgn takde sayur...tapi sayur ni kegemaran gak sebenarnya.....
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan