a diurnal invocation

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakan ku. Aku adalah hambamu.Aku akan setia pada perjanjianku dgn-Mu semampuku.Aku berlindung kepada Mu dari kejahatan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku oleh kerana itu ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Khamis, 28 Julai 2011

kuih celurut ku:)

asssalammualaikum...selamat petang khamis....dua tiga menjak ni ntnet sungguh le tenatnya..sebenarnya ni projek hari minggu ari tu... dah 3 hari upload gambar baru hari ni dapat tembus ke blog.... takpe..takpe....ni kite pos gambar je dulu...resepi kite post kemudian....mlm ni layan gambar dulu ye.... esok kita cite yang lain.

cite pasal kuih celurut ni, kuih celurut ni merupakan salah satu kuih tradisional ..hanya boleh di dapati di Sarawak n Negara Brunei Darussalam. kalau kat Negara Brunei boleh di jumpai dng perbagai perisa lagi. ada perisa durian, pandan dan sebagainya...ni kite belajar dari makwe(MIL)




daun apong digunakan untuk kelongsong kuih celurut...

rupe kelongsong celrut yang sudah siap..

yang ni kena buat tutup kat bawah kelongsong supaya adunan tak jatuh...





makwe(MIL) kata tangan masuk dalam untuk membentuk kelongsong yang cantik
ari tu nak guna staple je..tapi makwe kata kalau nak hidang ngan org tak eloklah orang tengok guna besi..kena guna semat lidi jugak....saya yang menurut perintah....:)
celurut yang tengah di kukus..kukus guna kuali je...pengukus ari tu adik guna untuk kukus buah jagung



yang ni sempat ambil gambar bekal pi tmpt keje..tu yg duduk atas tudung tupperway je...:)

resepi kuih celurut

500gm tepung beras (kite guna beras yang direndam sehingga kembang, toskan n blender sehingga menjadi tepung(klau bahasa kite panggil dadak)
1000 ml air santan(guna 200ml santan kotak KARA  + 800ml air)kalau nak lemak tambahkan kuantiti santan pekat
secubit garam
250 gm gula apong (boleh ejas ikut citarasa) @gula melaka

cara-cara penyediaan
didihkan air di dalam periuk pengukus dan aturkan kelongsong kedalam bekas secara berdiri supaya mudah untuk menuang adunan kedalam kelongsong.
didihkan air santan, masukkan garam dan gula apong.
masukkan air santan yang sudah mendidih ke dalam tepung yang telah di ayak.
kacau rata, masukkan ke dalam jag supaya mudah menuang adunan kedalam kelongsong. 

p/s: semasa menuang tak perlulah menuang di atas air yg tgh mendidih.tapi selepas habis adunan di tuang ke dalam kelongsong perlu cepat2 simpan ke dalam pengukus.

selamat mencuba kuih tradiasional sarawak.

2 ulasan:

  1. wahh..dah siap tie..bagus2..lepas ni bleh laa ku try!
    Thank u tie share resepi n step by step..hehe..mesti pure lg guna beras jadikan tepung tu kann..cantik laa celurut mu ituu...banyak dapat nya kah tie?

    BalasPadam
  2. Salam Ramdhan & Selamat Berpuasa buat Naz sekeluarga - ada kad khas buat kekawan kat rumah Along, kalau sudi boleh amik gantung.
    Wah, happy dapat kenal blogger fr Miri gak. Kelak leh kenal dekat2 lagi. Kuih tu org terer jak dapat molah, kamek tuk keras tgn bab golong2 daun...hehe

    BalasPadam