a diurnal invocation

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakan ku. Aku adalah hambamu.Aku akan setia pada perjanjianku dgn-Mu semampuku.Aku berlindung kepada Mu dari kejahatan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku oleh kerana itu ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Isnin, 31 Januari 2011

Ikan Keli Masak Asam Pedas

ikan keli masak asam pedas

Menu ni sebenarnya menu hujung minggu lepas baru nak publish...hehehe....sebenarnya ikan keli ni ternakan sendiri...dah musim tengkujuh ni ikan laut pun susah nak dapat yg fresh...ha..yg bestnya tinggal kat daerah ni boleh dapat ikan frest yang baru datang dari laut lagi..dulu masa masih tinggal kat bandar, susah nak dapat ikan frest....selalu yg di jual kat market ikan pun yg dah berhari-hari...dulu kwn2 sekerja selalu je kirim ikan frest bila balik hujung minggu..kadang2 kite n first cousin, ujung minggu terus je pegi ke pantai tunggu nelayan balik dari laut. best..dpt harga murah n dapat ikan speacial gitu...heheehe..berbalik ngan cita ikan keli periharaan my father kat belakang umah ni, kiranya bila musim tengkujuh ni bleh la ambil sekor dua untuk di buat lauk.
Ok..berbalik ngan cita keli masak asam pedas ni...sebenarnya kat umah ni kaum lelaki kurang minat sikit ngan asam pedas ni..especially my father n my old brother. mereka ni lebih minat ngan ikan masak kunyit je..mereka tak suka ngan rasa bunga kantan. kaum pompuan pulak memang minat sangat, termasuklah my husband kira bolehla masuk..cuma, dia tak makan ikan jadi kuah kena banyak la sikit....(mkn kuah je)... cita panjang lebar lah pulak..
sebenartnya masa nak masak ikan keli ni nak masak kunyit je...tapi teringat lama dah tak makan masak asam pedas n rasa terliur pulak, ditambah lagi ada sekuntum dua bunga kantan kat tepi umah baru nak kembang,so semangat sikit le nak masak asam pedas....memandangkan ada golongan yang tak berapa minat ngan bunga kantan dan daun kesom ni,setelah ikan masak baru dapat taruh bunga kantan ngan daun kesom.itupun asingkan dulu yg takde bunga kantan...untuk husband (yg tak makan ikan yg d rebus. katanya tak sukangan tulang ikan) and anak2 gorengkan(yg di goreng tulangnya jadi rangup) je ikan keli tu seketul dua ketul.resepi nak letak jugak ke? rasanya dah ramai yang tahu macam mana nak masak asam pedas ni.. kongsi je le..untuk renungan di masa akan datang...mana tahu dah tua nanti lupa pulak cara nak masak...hehehehe...

4 ekor ikan keli
*8 biji cili kering + cilli padi jika nak pedas
*3-4 ulas kunyit hidup
*2 batang serai
*6biji bawang merah
*3 biji bawang putih
1 kuntum bunga kantan
5 batang daun kesom
garam, ajinamoto n gula(secukup rasa)
1 sudu teh belacan
4-5 asam gelugor (ikut citarasa nak masam lebihkan asam)

Kisar bhn yg bertanda*, panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bhn kisar. Tumiskan sehingga naik bau, masukkan air.  Setelah air mendidih masukkan gula, garam, ajinamoto belacan dan asam gelugor, barulah dimasukkan ikan, daun kesom dan bunga kantan. Tunggu sehingga ikan masak.

4 ulasan:

  1. nampak sedap!amat jarang masak letak bunga kantan..hihi..keli pun bapak budak n budak2 aje pandai makan tie..ibunya ini tak gheti2.. ;P

    BalasPadam
  2. wow..ada entry sebut ttg ikan keli di sini...jomlah tgk blog ikan keli pulak..macam2 cerita keli ada di sini.. ")

    BalasPadam
  3. hasue: cuba lah sue letak bunga kantan n daun kesom..best...sedap..kuah bagi pekat sikit...guna ikan laut pun ok...lagi sedap...

    BalasPadam