Terung masak sambal ni memang makanan kegemaran saya....dulu2 memang tak suka makan sayur terung dan sehingga kini jika terung masak selain dari sambal memang tak suka makan..Tak tahulah kenapa minat sangat ngan sambal terung ni. Mula-mula merasa makan sambal ni, masa tu masih kerja kat tempat lama. Masa tu ikut balik ke rumah family kwn serumah. Kebetulan menu yg terhidang semua tak masuk tekak,chewah...nampak sangat memilih mkn....mahu tak mahu mkn jelah...bila rasa sambal terung terus terjatuh cinta....
5 biji sayur terung
6 biji bawang merah }
2 biji bawang putih }
segenggam ikan bilis }di tumbok halus
sedikit belacan }
5 tangkai cili kering }
jika nak pedas boleh tambah cili padi
sedikit bahan perasa dan garam
gula secukup rasa
1/2 gelas air asam jawa.
Terung di potong dan digoreng dgn minyak sehingga lembut. Gunakan minyak lebihan untuk menumis bahan yang di tumbok sehingga naik bau. Masukkan bahan perasa, garam dan gula. Akhir sekali masukkan air asam jawa, biar sehingga mendidih dan setelah masak angkat dan letakkan di atas terung yang sudah d letakkan d dalam pinggan...sambalnya mesti cukup garing baru sedap...
Terima kasih atas resepi yang cukup menyelerakan....memang best dan simple saja....:-)
BalasPadam