a diurnal invocation

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakan ku. Aku adalah hambamu.Aku akan setia pada perjanjianku dgn-Mu semampuku.Aku berlindung kepada Mu dari kejahatan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku oleh kerana itu ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Jumaat, 24 Jun 2011

gulai rebung

musim rebung sudah mari....jom2 masak sayur rebung :) ryo n Hasue ju cari rebung...
 bulan jun ke julai ni besalah musim rebung..... ni sebenarnya memang sayur kegemaran... rebung ni pun bleh masak perbagai versi, bleh d buat acar, sambal,  masak lemak, masak tumis...ari kite masak tumis je...:) dah lama tunggu musim rebung ni sebenarnya...kebetulan le kelmarin mr. hubby pegi kebon nak ambik buloh katanya untuk buat aktiviti kat sekolah mereka coz 3 ari ni sambutan hari guru peringkat daerah kat daerah ni...so pesan le sekali, kalau nampak rebungnya ambil, nak buat gulai...selalu nengok kat tamu dah bnyk yg menjualnya..tapi tahan diri dari membeli coz kat kebon sendiri ada rumpun buloh.kalau ambil sendiri fresh lagi, lagi nikmat nak makan...
nikmatnya makan rebung fresh..manis gitu....

resepinya nak letak ke tak ye...
ni letak resepi masak tumis je lah ye...

rebung
segenggam ikan bilis 
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 biji cili merah
secubit belacan


rebung di siang n direbus sehingga layu. setelah layu toskan airnya.kisar atau tumbok bahan tumisan.
tumis bahan2 yang ditumbok sehingga naik bau.. masukkan sayur rebung yg telah di rebus tadi dan gaul rata. masukkan air sebanyak yang di kehendaki..tambahkan perisa n garam.. biarkan sehingga air mendidih...



1 ulasan:

  1. Baru ku tau musim rebung ni bulan jun julai...cik abg ku itu penggemar rebung..mesti byk di pasar kan kan

    BalasPadam