a diurnal invocation

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakan ku. Aku adalah hambamu.Aku akan setia pada perjanjianku dgn-Mu semampuku.Aku berlindung kepada Mu dari kejahatan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku oleh kerana itu ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau

Selasa, 22 Februari 2011

asam paya

hari ni nak tayang buah ni pulak..saje je....nak di jadikan cerita...kelmarin..dari pagi sampailah balik keja, rasa mcm lain mcm je ngan liur ni..balik dari keja tu singgah le kat tamu simpang balik umah ingat nak beli sayur n pisang goreng buat pengalas perut kat dlm keta....tengah cari2 sayur yg berkenan tu pulak ternampak la pulak buah ni...bila nampak je terus telan liur.....dgn tak pikir panjang terus je beli.jom layan gambar lu...

ni lah rupa buah asam paya

buka2 nengok 2 masih muda..huhuhu

buat sambal kicap,campur belacan sikit gula n cili padi..


Jumaat, 18 Februari 2011

Jom jamu selera ngan tapai nasi..


hari ni nak publish tapai nasi pulak....sebenarnya diri sendiri tak pandai makan tapai ni...hehehehe...tak tahulah..jenoh dah coba tapi tak penah nak diterima tekak... dulu..dulu masa masih dare...chewah...(10 taun yg lepas)mak selalu suruh gaulkan raghi ngan nasi..katanya...time dia dara dulu kalu buat tapai mesti manis..chewah..(bila dah kawin mungkin dah tak semanis dulu kot)...heheehe..bleh pakai ke alasan mak aku tu...tapi kan bila dia cakap macam tu semangat jugak nak buat....chewah..nak buktikan masih perawan lah konon...hahaha..yang bestnya tiap kali gaul mesti manis..tu yang semangat tu...org yg makan kata le... diri sendiri tak penah nak rasa...


 ma, mmmm sedaplah...
Yang kat ni penggemar tapai..tengah menikmati kemanisan tapai bersama ayah....yang ni anak no 2 memang suka sangat makan tapai..yang sulung tu mcm mamanya tak reti nak makan..nengok je lah...kalau dulu masa mak mertua masih tinggal ngan kita bila dia buatkan tapai nasi ni untuk anak dia, bila tapai nasi dah masak mesti dia buatkan apam tapai pulak untuk menantu dia ni..hehehe..mkn apam tapai reti lah pulak...
yea...abis sudah adik makan nasi ma...adek mo satu lagi....
anak saya panggil tapai ni nasi....hehehe..best sungguh seronok nengok mereka mkn...berselera sungguh....


Khamis, 17 Februari 2011

minggu yang sibok....

lama tak berentry....dari lastweek lagi busy ngan sukan tahunan sekolah selama tiga hari...bermula dari hari khamis hinggalah hari sabtu. Dengan keadaan cuaca yang kadang2 panas kadang2 hujan. tugas pula d tengah padang sebagai hakim penamat..fuh...walaupun kerja simple je tapi cukup mencabar bila pesaingan amatlah sengit dan pelumba2nya pun dekat2 je..susah nak tentukan nombor berapa2..sampaikan antara pengadil sendiri ada yg keliru dan berbalah jugak...
Tu pondok tempat bertugas /berteduh dari hujan dan panas
muka2 kepenatan setelah tamatnya temasya
aksi sebahagian pelajar rumah yg jadi juara



Rabu, 9 Februari 2011

Sambal Terung

Terung masak sambal ni memang makanan kegemaran saya....dulu2 memang tak suka makan sayur terung dan sehingga kini jika terung masak selain dari sambal memang tak suka makan..Tak tahulah kenapa minat sangat ngan sambal terung ni. Mula-mula  merasa makan sambal ni, masa tu masih kerja kat tempat lama.  Masa tu ikut balik ke rumah family kwn serumah. Kebetulan menu yg terhidang semua tak masuk tekak,chewah...nampak sangat memilih mkn....mahu tak mahu mkn jelah...bila rasa sambal terung terus terjatuh cinta....

5 biji sayur terung
6 biji bawang merah }
2 biji bawang putih   }
segenggam ikan bilis }di tumbok halus
sedikit belacan          }
5 tangkai cili kering  }
jika nak pedas boleh tambah cili padi
sedikit bahan perasa dan garam
gula secukup rasa
1/2 gelas air asam jawa.

Terung di potong dan digoreng dgn minyak sehingga lembut.  Gunakan minyak lebihan untuk menumis bahan yang di tumbok sehingga naik bau. Masukkan bahan perasa, garam dan gula. Akhir sekali masukkan air asam jawa, biar sehingga mendidih dan setelah masak angkat dan letakkan di atas terung yang sudah d letakkan d dalam pinggan...sambalnya mesti cukup garing baru sedap...

Selasa, 8 Februari 2011

Kuih Lompang

Huh..susahnya nak bersiaran..chewah...macam dlm tv..main siaran....
Hari ni nak post kuih lompang pulak...tak ingat dari mana dpt resepi coz waktu tu masih aktif mengumpul resepi n tak penah terfikir nak buat blog sendiri....dah bnyk jugak le resepi yg d cuba, tapi tak penah nak ambil gambar untuk kenangan...bila dah membina blog sendiri ni baru terajinkan diri nak ambil gambar...kueh ni,bahan2nya senang n mudah je...disebabkan semua bhn2 ada dlm stok..jd cepat je siapnya..

Isnin, 31 Januari 2011

Ikan Keli Masak Asam Pedas

ikan keli masak asam pedas

Menu ni sebenarnya menu hujung minggu lepas baru nak publish...hehehe....sebenarnya ikan keli ni ternakan sendiri...dah musim tengkujuh ni ikan laut pun susah nak dapat yg fresh...ha..yg bestnya tinggal kat daerah ni boleh dapat ikan frest yang baru datang dari laut lagi..dulu masa masih tinggal kat bandar, susah nak dapat ikan frest....selalu yg di jual kat market ikan pun yg dah berhari-hari...dulu kwn2 sekerja selalu je kirim ikan frest bila balik hujung minggu..kadang2 kite n first cousin, ujung minggu terus je pegi ke pantai tunggu nelayan balik dari laut. best..dpt harga murah n dapat ikan speacial gitu...heheehe..berbalik ngan cita ikan keli periharaan my father kat belakang umah ni, kiranya bila musim tengkujuh ni bleh la ambil sekor dua untuk di buat lauk.
Ok..berbalik ngan cita keli masak asam pedas ni...sebenarnya kat umah ni kaum lelaki kurang minat sikit ngan asam pedas ni..especially my father n my old brother. mereka ni lebih minat ngan ikan masak kunyit je..mereka tak suka ngan rasa bunga kantan. kaum pompuan pulak memang minat sangat, termasuklah my husband kira bolehla masuk..cuma, dia tak makan ikan jadi kuah kena banyak la sikit....(mkn kuah je)... cita panjang lebar lah pulak..
sebenartnya masa nak masak ikan keli ni nak masak kunyit je...tapi teringat lama dah tak makan masak asam pedas n rasa terliur pulak, ditambah lagi ada sekuntum dua bunga kantan kat tepi umah baru nak kembang,so semangat sikit le nak masak asam pedas....memandangkan ada golongan yang tak berapa minat ngan bunga kantan dan daun kesom ni,setelah ikan masak baru dapat taruh bunga kantan ngan daun kesom.itupun asingkan dulu yg takde bunga kantan...untuk husband (yg tak makan ikan yg d rebus. katanya tak sukangan tulang ikan) and anak2 gorengkan(yg di goreng tulangnya jadi rangup) je ikan keli tu seketul dua ketul.resepi nak letak jugak ke? rasanya dah ramai yang tahu macam mana nak masak asam pedas ni.. kongsi je le..untuk renungan di masa akan datang...mana tahu dah tua nanti lupa pulak cara nak masak...hehehehe...

4 ekor ikan keli
*8 biji cili kering + cilli padi jika nak pedas
*3-4 ulas kunyit hidup
*2 batang serai
*6biji bawang merah
*3 biji bawang putih
1 kuntum bunga kantan
5 batang daun kesom
garam, ajinamoto n gula(secukup rasa)
1 sudu teh belacan
4-5 asam gelugor (ikut citarasa nak masam lebihkan asam)

Kisar bhn yg bertanda*, panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bhn kisar. Tumiskan sehingga naik bau, masukkan air.  Setelah air mendidih masukkan gula, garam, ajinamoto belacan dan asam gelugor, barulah dimasukkan ikan, daun kesom dan bunga kantan. Tunggu sehingga ikan masak.

Gerai Taman Selera

Selamat pagi Isnin, hari ni nak cita pasal makanan pulak lepas cita pasal pemandangan sawah padi.... nak di jadikan cerita,Minggu lepas balik dari menshopingkan diri singgah kejap kat gerai di Tmn Selera..sebenarnya saja je nak menikmati mkn mlm dgn makanan kegemaran ni....pegi situ bedua je ngan husband,coz mls nak bawa anak2 membeli belah...kalau bawa anak ni bnyk sgt ragamnya...kita nak pegi 2 jam bleh melarat ke 5 jam.....cuci mata jelah nengok gambar..

ketam masak lada hitam.
saje je nak ubah selera...selalu order ketam masak merah..kali ni nak rasa pulak ketam masak lada hitam....bila mkn kat Taman Selera ni menu Ketam dan Udang harus ada...


butter prawn
 Ha ni Udang masak mentega... sebenanrnya tayang gambar ni sebab nak tau lah sesapa yang tahu cara menyediakannya resepi ni...penah cuba buat sendiri tapi telur ngan butter jadi lembik...tak best sangat...yang ni cukup crispy...nak tanya resepi kat makcik kedai makan tu malu...so bila teringin nak makan terpaksalah pegi gerai tu semata nak melapaskan rindu ngan butter prawn ni. penah gak cuba resepi kat myr tapi tu pun tak menyurapai seperti kat atas tu...so..sesapa yg punya pengetahuan cara2 masak udang mentega ni kongsi2 le...:)
miding masak belacan
sayur miding..dgr kata sayur ni cuma terdapat d sarawak je..kat semenanjung takde..tapi rasanya bukan takde kot..kot le...sebab sayur ni sayur utan..mungkin org tak tau boleh mkn...tu sebab takde jual kot...sayur ni sebagai menyempurnakan hidangan je...org kata jgn takde sayur...tapi sayur ni kegemaran gak sebenarnya.....